Home > politik > MAJLIS PEGUAM NEGARA MENGIYAKAN PERBUATAN ANWAR @razaliibrahim

MAJLIS PEGUAM NEGARA MENGIYAKAN PERBUATAN ANWAR @razaliibrahim

E-|nfo@DRI

MAJLIS PEGUAM MENGIYAKAN PERBUATAN ANWAR – RAZALI

MUAR,15 Mac(Bernama) — Majlis Peguam secara tidak langsung telah mengiyakan
perlakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantu peribadinya apabila
mempersoal mengapa hanya Anwar dikenakan hukuman oleh mahkamah sedangkan
mangsanya (Mohd Saiful Bukhari Azlan) tidak, kata Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.
Beliau berkata tindakan Majlis Peguam menyifatkan hukuman penjara yang
dikenakan Mahkamah Rayuan ke atas Anwar sebagai tidak wajar, kerana ia berlaku
secara suka sama suka, telah mengiyakan perlakuan sumbang itu benar-benar
berlaku.
"Orang tidak sedar Majlis Peguam mempersoalkan mengapa hanya Anwar
dikenakan hukuman sedangkan mangsanya tidak dikenakan hukuman," katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar di sini hari ini.
Majlis Peguam, katanya, sentiasa memihak kepada ketua pembangkang itu dalam
banyak perkara dan dalam kes ini, secara tidak sedar ia sudah mengiyakan
perbuatan liwat membabitkan Anwar.
Razali berkata dalam kes itu tidak timbul soal suka sama suka kerana yang
penting ialah perbuatan liwat adalah satu kesalahan undang-undang dan Saiful
sudah membawa kes ini ke mahkamah untuk mencari keadilan.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong dalam kenyataanya Selasa lalu
antara lain berkata hukuman terhadap Anwar itu tidak wajar kerana perbuatan itu
dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang yang sudah dewasa.
Christopher mendakwa bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan
itu meletakkan liwat hanya diguna pakai sekiranya perbuatan itu atas dasar
secara paksaan dan dalam kes Anwar, ia berlaku atas dasar kerelaan mangsa.
Razali berkata semua pihak sepatutnya tidak mempertikai keputusan
mahkamah kerana proses menuntut keadilan sudah diberikan kepada Anwar tetapi
terbukti beliau bersalah dan rakyat sudah menerima keputusan itu.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: