Home > politik > Komen Naib Ketua Pemuda Umno

Komen Naib Ketua Pemuda Umno

Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, tindakan segelintir peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat membawa kanak-kanak jelas mereka telah melanggar Akta Perhimpunan Aman. Beliau kesal kerana peserta perhimpunan sanggup memanipulasi kanak-kanak demi kepentingan politik pihak tertentu.
Katanya, penganjur perhimpunan kononnya memperjuangkan keterbukaan dan hak rakyat tetapi ironisnya tidak mampu untuk mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
“Saya bimbang jika tindakan diambil terhadap mereka yang melanggar akta ini akan menyebabkan rasa tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan sehingga menyulitkan sistem undang-undang negara.
“Kesudian kerajaan memberi ruang kepada penganjur mengadakan perhimpunan ini langsung tidak dihormati.
“Banyak pelanggaran yang dilakukan, sebagai contoh pada peringkat awal, tidak mahu berarak, tapi mereka tetap berarak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Santai dan Tabung Palestin/Gaza Bersama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Johor dan Peniaga Maharani Uptown, Muar.
Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, sebagai pemimpin muda beliau tidak menghalang apabila ada pihak mahu memperjuangkan hak, tetapi golongan terbabit perlu akur dengan hukuman yang dikenakan oleh kerajaan jika didapati bersalah.
Beliau berkata, pihaknya turut diberitahu terdapat kumpulan mahasiswa yang didapati terlibat dalam himpunan itu walaupun sudah diberi amaran.
Katanya, pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dengan membenarkan mahasiswa terlibat dalam mana-mana parti politik telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik. “Pindaan Auku sebenarnya untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa membentuk jati diri sebagai pemimpin. Malangnya penglibatan mereka dalam perhimpunan ini tidak memberikan sebarang faedah.
“Saya harap penganjur mendapat apa yang mereka mahukan dan tidak lagi menganjurkan perhimpunan lain pada masa akan datang sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: