Home > politik > SPR: 600,000 pengundi belum mendaftar di Johor

SPR: 600,000 pengundi belum mendaftar di Johor

Hampir 600,000 orang yang layak mengundi dikesan masih belum mendaftar sebagai pemilih di negeri ini, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor Rokiah Hanum Ibrahim.
Beliau berkata jumlah itu adalah angka yang besar dan antara punca yang dikenal pasti ialah mereka tidak bermastautin di negeri ini sekalipun beralamat di Johor.
Bercakap kepada Bernama di Johor Bahru hari ini, Rokiah Hanum juga meminta mereka yang belum mendaftar agar tidak berlengah untuk berbuat demikian.
“Kebanyakan daripada kita beranggapan apabila mereka mendaftar hari ini mereka boleh mengundi esok dan tanggapan itu silap. Kita memerlukan masa lima bulan sebelum boleh mewartakan nama mereka dalam senarai pemilih,” katanya.

Katanya, SPR Johor telah melantik lebih 800 Pegawai Pendaftar Pemilih di seluruh negeri ini yang terdiri daripada parti politik, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadi ejen pendaftaran pengundi baru di tempat mereka.
Rokiah berkata sehingga 30 September lepas, seramai 1.5 juta pengundi telah didaftarkan iaitu peningkatan 200,000 orang berbanding jumlah pengundi pada pilihan raya umum yang lepas.

Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 19,901 merupakan pengundi pos.
“Daripada 1.5 juta itu, 16 peratus merupakan pengundi muda yang berumur 21 hingga 29 tahun, 22.9 peratus merupakan pengundi yang berumur 30 hingga 39 tahun.
“23.6 peratus merupakan pengundi berumur 40 hinga 49 tahun manakala selebihnya mereka yang berumur 50 tahun ke atas,” katanya.
Rokiah turut mengingatkan mereka yang telah mengundi sebelum ini supaya menyemak kembali daftar pemilih untuk memastikan tidak ada masalah timbul di kemudian hari.
Johor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 26 kerusi Parlimen. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: