Home > politik > Dilema Melayu-Islam..

Dilema Melayu-Islam..

E-|nfo@DRI

Satu prejudis @ kenyataan??
Satu realiti @ ilusi??
Berwacana di persada kata nan indah
Mengungkai masalah di sulama madah
Agar bahangnya tidak begitu menyerlah
Agar dapat segalanya direnungi…
Tanpa emosi berapi-api!

Pertama mari kita fikirkan..
Agama kita sama, syahadah kita serupa
Tapi mengapa mesti Berpecah?
Kedua mari kita renungkan….
Bangsa kita sama,daah kita serupa
Tapi mengapa mesti bertelagah?
Darah dan syahadah boleh terpisah?

Jesteru sepatutnya dengan keduanya
Lebih mudah menyatukan kita
Kerana agama dan bangsa kita sama
Akidah kita Islam,kabilah kita Melayu…
Tapi kenapa suka benar untuk Bersatu?

Dalam realitinya sungguh berbeza
Agama didakwa punca sengketa
Cintakan Islam telah dipolitikkan
Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan…
Islam disinonimkan dengan parti
Wajarrkah begitu?

Cintakan Bangsa turut dipersalah
Kasihkan watan dituduh asabiah
Melayu dan Islam bagai bertentangan
Keduanya saling berkonflik
Islam menggugat semangat Patriotik
Benarkah begitu?

Cubalah kita ungkai segala yang kusut
Bebicara secara tulus dan telus
Merujuk ke dasar,menyelam ke akar
Putuskan rantai kepartian…
Putuskan membelenggu mata dan fikiran
Putuskan sentimen ketaasuban..
Yang mengaburi fakta dan kenyataan
Marilah sama-sama berceminkan visi bangsa
Dari jurus misi Agama!!

Islam agama yang menyatukan
Jesteru itulah perintah al-Jamik(Yang Maha Menyatukan)
Apabila manusia sama-sama Beriman
Maka bertautlah hati,terbentuklah Persaudaraan
Iman dan Persaudaraan – Lazim berlaziman
Yang paling kua tauhidnya kepada ESA
Dialah yang paling mesra dalam bersaudara
Bila kukuh ‘hablumminaalah’ yang vertikal
Akan teguhlah ‘hablumminannas’ yang horizontal
Itulah silaturahim – ‘Hubungan’ intim atas nama al-Rahim
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: