Home > politik > Pakatan ‘racuni’ peminat Indonesia benci Malaysia

Pakatan ‘racuni’ peminat Indonesia benci Malaysia

Pakatan ‘racuni’ peminat Indonesia benci M’sia

Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta.

“Mengapa mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand? Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap rakyat Indonesia.

“Pada pendapat saya, ia adalah kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini.

“Mereka melabel perkataan buruk terhadap Malaysia, umpamanya ‘Maling’ yang dalam bahasa Indonesia bererti pencuri,” kata Razali semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno bagi perlawanan akhir malam ini.

Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu dalam menghadapi kira-kira 100,000 penyokong yang mahu melihat Malaysia ditundukkan.

Sent from Samsung tablet

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: