Home > politik > PEMUDA UMNO DAFTAR 8,000 ANGGOTA SEBAGAI PENGUNDI SEPANJANG RAMADAN, AIDILFITRI

PEMUDA UMNO DAFTAR 8,000 ANGGOTA SEBAGAI PENGUNDI SEPANJANG RAMADAN, AIDILFITRI

PARIT, 13 Sept (- Pergerakan Pemuda Umno berjaya mendaftarkan 8,000 anggotanya sebagai pengundi pada kempen yang berlangsung sepanjang Ramadan sehingga Aidilfitri minggu lepas. Pengerusi Biro Pemilih dan Keahlian Pemuda Umno Hisamuddin Yahya berkata angka itu satu pencapaian memberangsangkan, sekali gus menambah keyakinan dapat mendaftarkan baki 51,000 lagi dalam masa terdekat.

Bercakap kepada Bernama, di sini hari ini, Hisamuddin berkata Sabah mencatatkan jumlah anggota paling ramai belum mendaftar sebagai pemilih, iaitu kira-kira 21 peratus daripada angka tersebut. Perak dan Selangor pula masing-masing mencatatkan sekitar sembilan peratus, katanya.

Hisamuddin berkata Ketua Pemuda Umno Sabah Awang Kading telah memulakan usaha untuk mendaftar kira-kira 20,000 anggotanya.

Selain itu Pemuda Umno juga bercadang untuk menghantar pasukan khas ke Sabah bagi membantu proses pendaftaran tersebut, terutama di kawasan pedalaman, katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: