Home > politik > KEMENTERIAN KAJI SEMULA KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM – TS MUHYIDDIN

KEMENTERIAN KAJI SEMULA KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM – TS MUHYIDDIN

MUAR, 25 Ogos – Kementerian Pelajaran sedang mengkaji semula kurikulum baru mata pelajaran Pendidikan Islam yang dijangka siap dalam jangka masa terdekat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran itu berkata, kurikulum baru Pendidikan Islam itu berkemungkinan akan menerapkan pembelajaran J-QAF. “Kita berharap dapat melaksanakan kurikulum baru Pendidikan Islam dalam jangka masa terdekat,” katanya selepas selesai majlis tahlil di Surau Saadiah, di sini hari ini.

Pada majlis yang sama, beliau turut menerima sumbangan zakat sebanyak RM120,000 daripada Uda Holdings yang disampaikan oleh pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Terdahulu, pada majlis penyampaian bantuan pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Pejabat Pelajaran Daerah Muar, Muhyiddin
berkata, sejak dilaksanakan sebanyak 35,000 mahasiswa telah menikmati bantuan terbabit.

Bantuan pendahuluan itu, katanya, merupakan bukti bahawa kerajaan memang
mengambil berat tentang isu bebanan kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke institusi pengajian tinggi. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: