Home > politik > HISHAMMUDDIN TERIMA DUA BUTIR PELURU HIDUP SERTA SURAT UGUTAN

HISHAMMUDDIN TERIMA DUA BUTIR PELURU HIDUP SERTA SURAT UGUTAN

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima dua butir peluru hidup dalam sebuah sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya pada pukul 2 petang tadi.

Beliau berkata selain peluru, sampul surat itu juga mengandungi sebuah buku
yang diselitkan nota ugutan. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ikhlasiyah di Pantai Dalam dekat sini, beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut.

“Saya mengesahkan bahawa hari ini saya menerima dua butir peluru hidup yang dihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan. Ini adalah
kali pertama saya menerima surat ugutan serta peluru. “Surat itu diterima oleh seorang pegawai saya dan beliau telah pun membuat laporan polis,” katanya. Hishammuddin berkata perkara tersebut tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

“Saya melihat ini sebagai satu perkara yang serius. Bagaimanapun ini tidak
akan menjejaskan dan melunturkan semangat saya untuk terus menjalankan tugas dan terus bekerja seperti biasa yang diamanahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui jawatan yang saya pikul,” katanya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: