Home > politik > LARANGAN GUNA PEMBESAR SUARA UNTUK BACAAN QURAN SEBELUM SUBUH DI P.PINANG BUKAN FATWA TAPI NASIHAT HUKUM : MUFTI

LARANGAN GUNA PEMBESAR SUARA UNTUK BACAAN QURAN SEBELUM SUBUH DI P.PINANG BUKAN FATWA TAPI NASIHAT HUKUM : MUFTI

> GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan
> Ahmad hari ini berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu > menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah > berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.
> Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk
> melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu > fatwa.
> “Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah > daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri > membuat keputusan secara melulu.
> “Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga > menjaga Islam yang harmoni,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. > Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, > iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri. > Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu > kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret > Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.
> Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri > perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam > Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan > arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda. > “Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk
> bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi > membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya,” katanya. > Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan > pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya > tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai > sebelum masuk waktu subuh.
> “Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan > dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang > melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun > bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain > mendengar bacaan kita,” katanya.
> Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan > itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai > lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu. > Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam > Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: