Home > politik > 1,928,495 PEKERJA ASING DAN PATI SUDAH DIDAFTAR

1,928,495 PEKERJA ASING DAN PATI SUDAH DIDAFTAR

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Seramai 1,928,495 pekerja asing sah dan pendatang tanpa izin telah didaftarkan menerusi pejabat Imigresen dan syarikat pengurus di seluruh negara.

Timbalan Ketua Setiausaha Pendaftaran dan Imigresen Datuk Alwi Ibrahim berkata daripada jumlah itu, seramai 1,031,275 merupakan pendatang tanpa izin yang didaftarkan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P.

“Berdasarkan pecahan, jumlah pendatang tanpa izin yang direkodkan di Sabah sehingga tamat pendaftarannya lima hari lepas ialah 161,548 orang manakala di
Semenanjung Malaysia pula ialah seramai 869,727 orang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 673,127 orang berdaftar menerusi syarikat pengurus dan 196,600 orang lagi berdaftar di pejabat Imigresen. Dalam perkembangan lain, Alwi berkata Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada sebuah syarikat pengurus di Johor yang
dikenalpasti melanggar aku janji yang ditandatangani dengan kerajaan membabitkan pengurusan Program 6P.

“Hasil pemantauan Jabatan Imigresen Johor, syarikat itu dikenal pasti telah
menyalahguna Program 6P dengan menawarkan kad pengampunan bernilai RM3,000 kepada setiap pendatang tanpa izin yang berdaftar dengan mereka.

“Dengan menggunakan kad itu, pendatang tanpa izin dijanjikan bahawa mereka akan terselamat daripada tangkapan sedangkan kerajaan telah memberi jaminan bahawa semua pendatang tanpa izin yang berdaftar dengan program ini tidak akan
ditangkap sehinggalah operasi penguatkuasaan besar-besaran dijalankan sebaik tamat pendaftaran, pengampunan, pemutihan dan pemantauan yang dijangka pada pertengahan November,” katanya.

Alwi berkata syarikat pengurus berkenaan diminta memberi jawapan balas dalam tempoh tiga hari sebelum kerajaan mengambil tindakan kemungkinan membatalkan sijil perakuan kebenaran operasi yang dikeluarkan KDN bagi program itu. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: