Home > politik > TEMPOH PENDAFTARAN PROGRAM 6P DILANJUTKAN SEMINGGU

TEMPOH PENDAFTARAN PROGRAM 6P DILANJUTKAN SEMINGGU

PUTRAJAYA, 12 Ogos – Tempoh pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang sepatutnya berakhir Ahad ini dilanjutkan seminggu ke 21 Ogos.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dibuat susulan saranan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein semalam kepada Jawatankuasa Pelaksana Program 6P supaya tempoh itu dilanjutkan.

“Ini berikutan sambutan berterusan daripada majikan serta pekerja dan
pendatang asing tanpa izin di kaunter-kaunter pendaftaran Program 6P yang dibuka sejak 1 Ogos lalu, baik di pejabat imigresen mahupun melalui syarikat pengurus yang dilantik kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mahmood berkata kerajaan juga memutuskan bahawa setiap Pati yang mendaftar melalui syarikat pengurus perlu merujuk dan menggunakan khidmat syarikat yang sama apabila memohon untuk proses pemutihan yang akan menyusul pada pertengahan September ini.

Sehingga tamat operasi semalam, sejumlah 1,807,000 Pati dan pekerja asing sah telah direkodkan, dan daripada jumlah itu, 885,156 merupakan bagi Pendaftaran Pekerja Asing Sah.

Mahmood berkata berikutan lanjutan tarikh pendaftaran itu, pihak berkuasa
negeri, agensi kerajaan dan semua pemimpin jawatankuasa sedia ada di peringkat daerah, kampung serta mukim, perlu mencari mekanisme lebih baik bagi menyampaikan maklumat mengenai program itu.

Katanya langkah itu juga akan dapat menyakinkan Pati di sekitar kawasan masing-masing untuk keluar mendaftar.
“Paling utama ialah menyakinkan mereka mengenai jaminan kerajaan bahawa tiada tangkapan akan dibuat terhadap Pati dan ia perlu dilihat sebagai peluang terakhir berbuat demikian sebelum operasi penguatkuasaan besar-besaran dimulakan sekitar November ini,” katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: