Home > politik > HISHAMMUDDIN TIDAK PUAS HATI PENJELASAN THE STAR

HISHAMMUDDIN TIDAK PUAS HATI PENJELASAN THE STAR

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan akhbar The Star mengenai penyiaran artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.

Beliau berkata pihaknya telah memanggil Ketua Pengarang The Star Publication untuk memberi penjelasan berhubung artikel itu yang dimuatkan dalam sisipan ”Dining Out” akhbar itu dengan ”Ramadan Delights” sebagai tajuk muka depan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini. Semalam Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi telah memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan terhadap akhbar itu berikutan tindakan akhbar itu yang dianggap tidak sensitif dengan penyiaran artikel terbabit.

Akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
Dalam sisipan dua hari lepas, akhbar itu menyiarkan artikel bertajuk
”Ramadan Delights” yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: