Home > politik > AGONG RASMI MASJID AMANIAH DI KEPONG

AGONG RASMI MASJID AMANIAH DI KEPONG

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan
Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan Masjid Amaniah bernilai RM6.7 juta di
Jalan Besar, Kepong di sini sebelum menunaikan solat Jumaat bersama-sama 3,000 jemaah.

Ketibaan baginda disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)
Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.

Jamil Khir dalam ucapan aluannya berkata masjid itu, yang juga bermaksud
”keamanan”, dibina di atas kawasan seluas 0.102 hektar pada Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 6 Mac 2007.
Beliau berkata masjid tiga tingkat itu mempunyai ruang solat utama, bilik imam, bilik azan, bilik tetamu, ruang penyediaan, bilik pengurusan jenazah, bilik stor, bilik wuduk lelaki dan wanita serta tandas untuk Orang Kelainan
Upaya (OKU) di tingkat bawah. “Tingkat satu terdiri daripada ruang solat muslimat yang dilengkapi dengan bilik wuduk, sementara tingkat dua masjid pula disediakan untuk kanak-kanak dan juga sebuah bilik mesyuarat,” katanya.
Masjid yang bercirikan ”kontemporari Melayu moden” dan ditadbir oleh Jawi itu juga mempunyai skrin multimedia untuk khutbah Jumaat di ruang solat utama (tingkat bawah) serta di kanan dan kiri ruang di tingkat satu.

Jamil Khir berkata sebelum pembinaan masjid itu, penduduk sekitar menunaikan solat Jumaat di Madrasah Al-Islah Ad-Dinniyah, Kepong Baru.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: