Home > politik > TS MUHYIDDIN BERBUKA PUASA BERSAMA 1,000 TETAMU DI SRI SATRIA

TS MUHYIDDIN BERBUKA PUASA BERSAMA 1,000 TETAMU DI SRI SATRIA

PUTRAJAYA, 9 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin berbuka puasa bersama lebih 1,000 warga Kementerian Pelajaran di kediaman

rasminya di Sri Satria di sini hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, kedua-dua

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Dr Wee Ka Siong serta
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud.
Majlis berbuka puasa itu dimulakan dengan tazkirah, diikuti solat Maghrib.
Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyampaikan
sumbangan kepada 81 kanak-kanak di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.
Mereka terdiri daripada 41 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) AU Keramat serta

masing-masing 20 pelajar SK Dengkil dan SK Merab Luar.
Timbalan Perdana Menteri turut menunaikan solat Isyak diikuti solat sunat

Tarawih bersama para tetamu.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: