Home > politik > PAS MAHU ADAKAN PERTEMUAN DENGAN JAIS DAN GEREJA, 15 & 16 OGOS

PAS MAHU ADAKAN PERTEMUAN DENGAN JAIS DAN GEREJA, 15 & 16 OGOS

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – PAS telah menghantar sepucuk surat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) untuk menetapkan tarikh bagi mengadakan pertemuan secara berasingan dengan kedua-dua pihak itu, kata setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata surat itu dihantar melalui faksimile hari ini yang mencadangkan satu pertemuan dengan Jais diadakan pada 15 Ogos dan DUMC, 16 Ogos.

“Jika kedua-dua pihak bersetuju, kita akan melawat mereka pada tarikh yang
ditetapkan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi. Bagaimanapun, katanya delegasi PAS mungkin akan diketuai oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu kerana Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berada di luar negara.
PAS memutuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat pada Ahad untukmengadakan pertemuan dengan JAIS dan DUMC secara berasingan bagi membincangkan siasatan JAIS di gereja itu Rabu lepas. Menurut parti itu, laporan media dan penjelasan EXCO Selangor Datuk Dr HasanAli adalah maklumat daripada pihak ketiga. Sebelum ini, jawatankuasa pusat parti itu tidak membincangkan untuk mengambil tindakan terhadap Hasan kerana mempertahankan siasatan JAIS di gereja tersebut. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: