Home > politik > KERETA KETUA UMNO BAHAGIAN MERBOK SASARAN PENCURI

KERETA KETUA UMNO BAHAGIAN MERBOK SASARAN PENCURI

SUNGAI PETANI, 9 Ogos – Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Md Zain kerugian RM6,000 apabila cermin kenderaan Toyota Harrier miliknya
dipecahkan pencuri yang kemudian melarikan beberapa barangan berharga dalam kejadian di luar pagar rumahnya di Lagenda Heights di sini pagi ini.

Selain kerugian akibat cermin kereta yang dipecahkan, beliau turut kehilangan sebuah komputer riba, kamera dan Ipad 2 yang diletakkan dalam kenderaan itu. Tajul Urus memberitahu pemberita di rumahnya hari ini bahawa beliau menyedari kejadian itu pada 7 pagi tadi ketika menemani anaknya yang hendak ke sekolah keluar rumah.

Katanya beliau telah memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya dan mendapati kejadian kecurian itu dilakukan oleh dua individu yang tidak dikenali pada 6.39 pagi tadi.
“Dua lelaki itu keluar dari sebuah kereta, seorang memakai topi keledar untuk tutup muka dan seorang lagi memakai pakaian serba hitam, oleh itu saya tidak dapat mengecam muka mereka.

“Mereka pecah cermin belakang kereta saya dan cermin sebelah tempat pemandu. Saya percaya kecurian ini didalangi oleh tiga orang semuanya sebab seorang lagi hanya tunggu dalam kereta sebagai pemandu,” katanya.

Tajul Urus berkata kejadian sebegitu adalah kali ketiga berlaku kepada keluarganya kerana sebelum ini cermin kereta milik dua anaknya pernah dipecah
pencuri yang masing-masing mengakibatkan kehilangan sebuah komputer riba serta beg pakaian. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: