Home > politik > AGONG SAKSI PENYERAHAN ZAKAT ANGKASA, KOPERASI PETRONAS

AGONG SAKSI PENYERAHAN ZAKAT ANGKASA, KOPERASI PETRONAS

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan
Zainal Abidin hari ini berangkat ke majlis penyerahan bayaran zakat perniagaan
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Koperasi Petronas) di sini. Pada majlis yang berlangsung di Istana Negara itu, kedua-dua koperasi terbabit menyerahkan bayaran zakat kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang diwakili

Pengerusinya Datuk Mustafa Abd Rahman.
Angkasa yang diwakili Presidennya Prof Datuk Mohd Ali Baharum menyerahkan
zakat berjumlah RM50,235.72, manakala Koperasi Petronas menerusi anggota lembaga Abdul Razak Husin dan Ahmad Bohari Samigan pula menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM513,225.30. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: