Home > politik > Sedikit info tentang PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SUNGAI RUIL TERKENAL DENGAN AKTIVITI PELANCONGAN

Sedikit info tentang PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SUNGAI RUIL TERKENAL DENGAN AKTIVITI PELANCONGAN

KUALA LUMPUR, 8 Ogos Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang dilanda kejadian tanah runtuh 5.45 petang semalam merupakan salah satu daripada dua perkampungan orang asli yang terkenal di Cameron Highlands, Pahang. Perkampungan itu dan perkampungan Orang Asli Kampung Pagan adalah perkampungan yang terkenal dengan aktiviti pelancongan antaranya lawatan berpandu dan inap desa.

Pakej pelancongan di perkampungan itu juga merupakan salah satu daripada 16 pakej pelancongan yang mempromosikan lawatan ke perkampungan Orang Asli di
negara ini yang turut mempromosikan pakej pelancongan di Taman Negara dan Hutan Belum.

Sebanyak 145 buah rumah terdapat di perkampungan tetap Orang Asli Sungai
Ruil di Tanah Rata yang turut menempatkan kira-kira 1,300 orang penduduk dan perkampungan itu terletak kira-kira 5km dari Pekan Tanah Rata.

Pada masa dahulu memburu menggunakan sumpit, memancing dan mengumpul hasil hutan merupakan aktiviti harian penduduk di kawasan itu.

Bagaimanapun dengan arus pemodenan, aktiviti pelancongan menjadi antara aktiviti utama di samping penduduk beralih pekerjaan dengan bekerja dalam sektor kerajaan serta swasta.

Arus pemodenan turut merubah wajah perkampungan itu antaranya perkhidmatan langganan televisyen satelit berbayar dan penubuhan sebuah Pusat Teknologi Maklumat bagi memastikan penduduk di kawasan itu celik IT.

Kerajaan sentiasa memantau keperluan dan kebajikan penduduk Orang Asli di kawasan itu dengan penubuhan pejabat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Cameron Highlands, satu daripada pusat peranginan tanah tinggi terkenal di negara ini berada 1,829 meter di atas paras laut, bercuaca sejuk dengan suhu antara 10 dan 20 darjah celsius.
Selain Tanah Rata, dua lagi pekan utama di Cameron Highlands ialah Ringlet dan Brinchang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: