Home > politik > 45 NGO HANTAR MEMORANDUM KEPADA SULTAN SELANGOR, SOKONG TINDAKAN JAIS

45 NGO HANTAR MEMORANDUM KEPADA SULTAN SELANGOR, SOKONG TINDAKAN JAIS

SHAH ALAM, 8 Ogos – Sejumlah 45 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menghantar memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menjalankan pemeriksaan di sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas.

Wakil kumpulan NGO itu Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya Dr Dzulkhaini Husain berkata memorandum itu dihantar kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani di Istana Bukit Kayangan di sini pagi ini.

Beliau berkata tujuan memorandum lima muka surat itu dihantar adalah bagi
mempertahankan kedaulatan Islam berhubung tindakan anggota-anggota penguatkuasa Jais ketika melakukan pemeriksaan di gereja terbabit.

“Kami telah berjumpa dengan wakil dari Jais dan setelah mendapat semua maklumat serta penjelasan, kami dengan sepenuh hati menyokong tindakan yang
dibuat oleh Jais dalam usaha mempertahankan kedaulatan agama Islam,” katanya kepada pemberita di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Beliau berkata tidak berlaku sebarang kejadian seperti memecah pintu atau
menceroboh dewan gereja berkenaan seperti yang didakwa sebaliknya pemeriksaan dilakukan secara berhemah serta menemui bukti mengenai kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988.

Pegawai Kerja dan Aktivis Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia Mohd
Mustaffa Hamzah berkata NGO berkenaan kesal dengan laporan dua laman berita portal di negara ini yang menulis seolah-olah Jais melakukan serbuan dengan kekerasan terhadap gereja terbabit.

Beliau berkata laporan berkenaan tidak beretika di mana sepatutnya ia dilakukan dengan mendapatkan sumber yang sebenar.

“Kita juga kesal dengan tindakan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim) yang seolah-olah membelakangkan Sultan Selangor dalam memberikan reaksi terhadap tindakan Jais memeriksa gereja terbabit,” katanya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: