Home > politik > SEKURANG-KURANGNYA ENAM MANGSA DIKHUATIRI MASIH TERTIMBUS DALAM TANAH RUNTUH – DEVAMANY

SEKURANG-KURANGNYA ENAM MANGSA DIKHUATIRI MASIH TERTIMBUS DALAM TANAH RUNTUH – DEVAMANY

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Sekurang-kurangnya enam hingga 10 mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli di Sungai Ruil, Cameron Highlands, kata Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk SK Devamany.

Devamany, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau berada di tempat kejadian sejak 8.25 malam dan dan kira-kira 80-anggota mencari dan menyelamat (S&R), termasuk dari unit K-9 terlibat dalam operasi berkenaan. “Keadaan agak buruk. Runtuhan agak besar. Pasukan S&R terpaksa menggali tanah lumpur dengan hati-hati,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata beliau diberi taklimat oleh ketua kampung dan personel S&R
mengenai situasi terbaru setiap setengah jam. Perkampungan itu, terletak dekat pekan Tanah Rata, mempunyai 145 rumah dengan populasi 1,300 orang.

Devamany berkata kejadian itu berlaku pada 5.45 ptg berikutan hujan lebat. Setakat ini, seorang wanita dilaporkan terbunuh sementara dua yang lain,
seorang lelaki, seorang perempuan, cedera parah dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: