Home > politik > Satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasiaonal utk rakyat di Kampung Buah Pandai

Satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasiaonal utk rakyat di Kampung Buah Pandai

KOTA BELUD, 5 Ogos – Setelah menunggu 15 tahun, penduduk Kampung Buah Pandai di sini akhirnya akan menikmati kemudahan jalan tar sejauh empat kilometer yang dijadual siap dibina bulan depan bagi menggantikan jalan tanah merah sekarang.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Japlin Akim, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan, berkata jalan berharga RM8 juta itu merupakan projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. “Jalan ini akan memudahkan penduduk membawa hasil tangkapan laut untuk dijual di pekan Kota Belud, sekaligus meningkatkan ekonomi mereka,” katanya.
Seorang penduduk Kampung Buah Pandai, Ali Molsid, berkata pembinaan jalan itu adalah satu rahmat dan amat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung itu.

Amat Danci Abudin pula berterima kasih kerana kerajaan mengotakan janji kepada penduduk kampung itu kerana jalan itu merupakan perantara penting
menghubungkan kampung itu dengan Pekan Kota Belud. Beliau berkaa bahawa sebelum ini, jalan tanah merah di situ sukar dilalui ketika musim hujan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: