Home > politik > PUTERI UMNO PERLU KEKALKAN RENTAK PERJUANGAN, ROSNAH

PUTERI UMNO PERLU KEKALKAN RENTAK PERJUANGAN, ROSNAH

KUALA LUMPUR – Anggota Pergerakan Puteri Umno diminta supaya memastikan rentak perjuangan pergerakan itu tidak terkeluar daripada matlamat utamanya untuk menjadi sayap muda terkuat dalam Umno, kata Ketua Pergerakan itu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata cabaran yang menunggu kini lebih besar daripada cabaran yang pernah dihadapi 10 tahun lepas.

“Adakalanya kita tersungkur, ada masanya kita pantas berlari, saya percaya semua itu mengajar Puteri menjadi lebih dewasa dan matang berhadapan dengan cabaran semasa,” katanya sempena ulang tahun ke-10 pergerakan itu di sini hari ini.

Rosnah juga berkata tempoh 10 tahun berjuang bersama parti masih terlalu
singkat bagi Puteri berpuas hati dengan segala pencapaian untuk parti dan rakyat.

“Perbaiki segala rentak agar Puteri dapat melangkah tanpa ada tapak-tapak yang tercicir atau tergelincir dari landasannya,” katanya.

Beliau berkata setiap anggota juga perlu bangun merapatkan barisan perjuangan mereka dengan memberi sepenuh tenaga dalam menjayakan semua matlamat dan perjuangan parti.

“Masih banyak sumbangan yang perlu Puteri hulurkan kepada parti, tanya apa yang kita sumbangkan kepada parti dan bukan apa yang parti sumbangkan untuk kita,” kata Rosnah.

Selain itu, beliau berkata Puteri kini sedang bergerak memperkukuhkan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang dan bersedia menerima apa sahaja arahan daripada pucuk pimpinan tertinggi pada bila-bila masa. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: