Home > politik > PERAK LATIH BELIA DALAM BIDANG TERNAKAN

PERAK LATIH BELIA DALAM BIDANG TERNAKAN

IPOH, 4 Ogos-Kerajaan Perak akan meningkatkan pelbagai
program dan kursus kepada belia yang berminat dengan kegiatan penternakan yang dilihat sebagai aktiviti ekonomi yang berpotensi menghasilkan pulangan tinggi,
kata Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Zainol Padzi Paharuddin. Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memperkenal dan menyediakan latihan dan kursus yang berkaitan.

“Pada masa ini masih terlalu sedikit belia menyertai bidang ini sedangkan ia berpontensi tinggi. Bidang ternakan bukan sahaja menghasilkan pendapatan daripada jualan produk makanan tetapi juga produk sampingan seperti kulit binatang,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Zainol Padzi berkata untuk berjaya dalam bidang ternakan, ia memerlukan minat dan kepakaran dan dilakukan secara intensif.

“Bidang ini mungkin dianggap pekerjaan yang sukar tetapi jika pendedahan dan kemahiran diberikan, persepsi itu dapat diubah,” katanya.

Zainol Padzi berkata kerajaan negeri sedia memberi pertimbangan kepada pengusaha ladang ternakan yang memohon untuk mendapatkan tapak menjalankan kegiatan itu di seluruh negeri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: