Home > politik > WANITA UMNO SUMBANG KERUSI RODA KHAS KEPADA PESAKIT TULANG

WANITA UMNO SUMBANG KERUSI RODA KHAS KEPADA PESAKIT TULANG

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Wanita Umno hari ini menyumbangkan sebuah kerusi roda khas Orang Kelainan Upaya (OKU) bernilai RM9,000 untuk kegunaan Rosmawati Abu, 30, yang mengalami penyakit berkaitan tulang selama 27 tahun. Datuk Suhaimi Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata Wanita Umno menerusi skuad Sayang Puchong telah mengutarakan kesengsaraan dan masalah yang dihadapi Rosmawati kepada Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno tahun lepas. “Selepas menerima maklumat berkenaan, Datuk Seri Shahrizat telah mengarahkan
skuad Sayang Wanita Umno memberi bantuan kepada Rosmawati dengan segera tetapi Wanita Umno menghadapi kesukaran mencari pembekal kerusi roda khusus untuk penggunaan Rosmawati berdasarkan kepada keadaan fizikalnya,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kerusi roda OKU kepada Rosmawati Abu di rumahnya di Serdang Jaya, Seri Kembangan, hari ini. Suhaimi
mewakili Shahrizat yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Kerusi roda yang disediakan oleh EZ Ride Sdn Bhd itu berharga RM6,500 manakala peralatan motor untuk mengerakkan kerusi itu berharga RM2,500. “Selepas ini, EZ Ride Sdn Bhd akan menyediakan sebuah kerusi dan meja khas
untuk kegunaan Rosmawati yang menghadapi kesukaran bergerak dan menikmati makanan secara selesa,” kata Suhaimi. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: