Home > politik > JPN SANGKAL DAKWAAN RAKYAT ASING DIBERI TARAF KEWARGANEGARAAN PINTAS

JPN SANGKAL DAKWAAN RAKYAT ASING DIBERI TARAF KEWARGANEGARAAN PINTAS

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini
menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa seorang rakyat asing bernama Mismah telah diberi taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap.

Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said dalam kenyataan di sini berkata
mengikut rekod, Mismah telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982dan diluluskan taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Jan 2011.

Beliau berkata kewarganegaraan Malaysia itu diberi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan iaitu warga asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.
Jariah berkata sejak 9 April 2009 hingga 1 Julai 2011, Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menimbang sebanyak 72,334 pemohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan sebanyak 29,290 daripada jumlah itu telah diluluskan.

Angka itu merupakan sebahagian 219,000 permohonan yang telah berjaya diselesaikan kementerian itu.
Kes lain termasuk 31,449 permohonan untuk Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: