Home > politik > DR CHUA : MCA TIDAK AMBIL MUDAH SOKONGAN MASYARAKAT CINA

DR CHUA : MCA TIDAK AMBIL MUDAH SOKONGAN MASYARAKAT CINA

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – MCA tidak mengambil mudah sokongan
pengundi terhadap parti itu malah menyangkal dakwaan DAP bahawa parti itu tidak akan mendapat sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti itu tetap komited untuk berusaha tanpa rasa lelah bagi memperoleh keputusan yang lebih baik pada pilihan raya umum nanti. “Sebagai peraturan am, semua kerusi boleh dimenang. Kita akan menang
sebanyak kerusi yang boleh,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden di Wisma MCA di sini hari ini. Dr Chua mengulas peluang parti itu pada PRU ke-13 selepas sebuah portal berita melaporkan bahawa Barisan Nasional (BN) mungkin kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada PRU ke-13 berdasarkan hasil pilihan raya olok-olok baru-baru ini.
Laporan itu menyebut scenario BN akan hilang Perak dan Negeri Sembilan mungkin berlaku kecuali parti komponen BN meletakkan calon popular dan jentera pilihan raya peringkat akar umbi meraih sokongan pengundi.
Laporan itu juga menyebut hasil pilihan raya olok-olok juga menunjukkan kubu
kuat BN di Johor akan menyaksikan sehingga 15 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri berpindah kepada pembangkang berbanding hanya enam pada PRU ke-12 pada 2008. Bagaimanapun, Dr Chua berkata MCA tidak tahu atau terbabit dalam sebarang pilihan raya olok-olok sambil menganggap berita itu direka oleh pihak yang berniat jahat untuk menimbulkan suasana tidak menentu.
Beliau juga berkata adalah menjadi gaya DAP sejak PRU lepas untuk menghebohkan pencapaian kecil mereka. “Mereka (DAP) harus umumkan siapa calon Perdana Menteri kerana rakyat mahu
melihat siapa PM di bawah Pakatan Rakyat. Bolehkah Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri sekiranya DAP bukan sebuah parti rasis dan adakah rakyat Bumiputera boleh terima?,” tanya beliau.
Ditanya sama ada parti itu memuktamadkan senarai calon potensi untuk PRU ke-13. Dr Chua berkata beliau masih belum menerima cadangan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: