Home > politik > 102 PELAJAR DALAM PARLIMEN JELI TERIMA WANG EHSAN UNTUK PENDIDIKAN

102 PELAJAR DALAM PARLIMEN JELI TERIMA WANG EHSAN UNTUK PENDIDIKAN

JELI, 2 Ogos – Seramai 102 pelajar dari kawasan Parlimen Jeli hari ini menerima wang ehsan RM800 setiap seorang sebagai bantuan pembiayaan permulaan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tahun ini.

Bantuan itu disampaikan Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan dan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed di sini.

Mustapa berkata setakat ini sebanyak RM15 juta lagi baki wang ehsan masih belum diagihkan kepada rakyat negeri ini termasuk untuk tujuan pendidikan dan membantu mangsa bencana alam.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, beliau berharap penerima wang ehsan memanfaatkan bantuan itu sepenuhnya.

Dalam pada itu, Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, berkata penjelasan akan dibuat berhubung pengagihan wang ehsan RM42.5 juta kepada rakyat Kelantan.
Beliau berkata langkah itu bagi membuktikan ketelusan kerajaan pusat yang menyalurkan setiap sen wang itu semata-mata untuk kegunaan rakyat Kelantan.”Kita akan dedahkan ke mana wang ehsan itu disalurkan untuk pengetahuan umum,” katanya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: