Home > politik > KDN SASAR 5,000 BELIA SERTAI SKUAD MUDA RELA MENJELANG DISEMBER INI

KDN SASAR 5,000 BELIA SERTAI SKUAD MUDA RELA MENJELANG DISEMBER INI

KEPALA BATAS, 31 Julai – Kementerian Dalam Negeri menyasarkan
sejumlah 5,000 belia menyertai Skuad Muda Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) menjelang Disember ini. Timbalan Menterinya, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata sasaran itu meliputi golongan yang berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun.
Beliau berkata Skuad Muda Rela merupakan program usaha sama antara Jabatan Belia dan Sukan dengan Rela, yang bakal menyaksikan anggotanya menjalani latihan asas selama tujuh hari.
“Bagi tahun 2010, seramai 3,273 belia telah mendaftar sebagai ahli dan jumlah berkenaan jelas melangkaui sasaran awal iaitu 3,000 anggota. “Manakala sehingga Julai ini, seramai 547 anggota di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah menyertai Skuad Muda Rela, dan saya yakin kita mampu mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skuad
Rakan Muda Anti Jenayah (CAT) dan Skuad Muda Rela peringkat Zon Utara di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Belia dan Sukan Wasitah Mohd Yusof. Sementara itu, Abu Seman berkata penyertaan golongan muda bagi membantu
usaha menurunkan kadar jenayah menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila sejumlah 8,841 mendaftar sebagai anggota CAT. Beliau berkata inisiatif melibatkan golongan itu dalam kegiatan antijenayah merupakan sebahagian daripada program yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Abu Seman berkata golongan remaja menunjukkan minat mendalam apabila
didedahkan dengan latihan kemahiran kepimpinan serta mempelajari isu berkaitankepolisan dan keselamatan masyarakat. “Kumpulan muda yang kita daftarkan di bawah CAT ini bergerak di peringkat daerah dan aktiviti mereka diselaraskan oleh Pejabat Belia Daerah-Daerah,” katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: