Home > politik > DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU KEDUA 2011 KINI DIPAMER

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU KEDUA 2011 KINI DIPAMER

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan 290,665 pengundi baru bagi tempoh April hingga Jun lepas, selain
77,708 pemilih yang bertukar alamat pusat mengundi. SPR dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata senarai itu yang dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 kini dipamerkan di 877 tempat di seluruh negara. Lokasi terbabit meliputi pejabat pilihan raya negeri, pejabat pos berkomputer, kompleks atau pejabat kerajaan, pejabat daerah atau pejabat tanah, majlis daerah atau perbandaran, dewan serba guna atau rukun tetangga, balai raya, pejabat penghulu dan dewan orang ramai.
Mereka yang baru mendaftar sebagai pemilih atau memohon pertukaran alamat pusat mengundi diminta menyemak daftar tersebut, kata kenyataan itu. Mereka yang namanya tidak tersenarai boleh membuat tuntutan menggunakan
Borang B dan menyerahkannya kepada pengarah pilihan raya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh daftar dipamerkan. SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang dikeluarkan daripada daftar pemilih atas sebab telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada angkatan tentera atau polis.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi talian 03-88856500 atau faks
di 03-88889117 atau mana-mana pejabat pilihan raya negeri atau layari laman web SPR di http://www.spr.gov.my. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: