Home > politik > MALAYSIA BERHADAPAN DENGAN MASALAH BELIA YANG GEMAR MEMILIH PEKERJAAN

MALAYSIA BERHADAPAN DENGAN MASALAH BELIA YANG GEMAR MEMILIH PEKERJAAN

SUNGAI PETANI, 24 Julai – Malaysia berhadapan dengan masalah
belia yang gemar memilih pekerjaan sedangkan negara telah banyak menyediakan peluang pekerjaan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata kini pengangguran bukan isu tetapi ia berkaitan dengan jenis pekerjaan yang digemari belia yang memilih bidang pekerjaan yang mereka suka sahaja.

Bagaimanapun katanya kadar pengangguran di Malaysia bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini tidak berada dalam keadaan serius, hanya mencatatkan 3.6
peratus sahaja dan mengikut takrifan antarabangsa, Malaysia masih dalam kategori mempunyai peluang pekerjaan sepenuhnya.

“Dibandingkan dengan negara-negara yang menghadapi masalah pengangguran, Malaysia tidak teruk kerana berada di bawah 4.0 peratus dan kita masih dalam kategori peluang pekerjaan sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan MySkills 2011 peringkat negeri Kedah di sini hari ini.

Beliau menambah golongan tersebut kini menggemari jenis pekerjaan dalam bidang automotif, teknologi maklumat, perhotelan dan kecantikan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: