Home > politik > PUTERI MAHU MOHAMAD SABU TAMPIL UNTUK NAFI PENDEDAHAN VIDEO POLIS

PUTERI MAHU MOHAMAD SABU TAMPIL UNTUK NAFI PENDEDAHAN VIDEO POLIS

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pergerakan Puteri Umno hari ini meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu agar tampil untuk menafikan pendedahan video oleh polis berhubung kemalangan yang dialaminya pada 9 Julai lepas. Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata tindakan Mohamad Sabu yang mendakwa beliau dirempuh polis ketika berlangsung perhimpunan haram di ibukota itu perlu diberi penjelasan yang sebenar.
“Adalah penting untuk beliau (Mohamad Sabu) membuat kenyataan sama ada beliau tetap dengan dakwaannya sebelum ini atau menafikan pendedahan video itu atau mengiyakan apa yang didedahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
“Puteri UMNO yakin bahawa tayangan itu adalah sahih, dan Mohamad Sabu mesti meminta maaf kepada PDRM dan rakyat Malaysia jika apa yang didedahkan oleh PDRM menerusi tayangan video itu adalah benar,” katanya.
Pada Khamis lepas, PDRM telah menayangkan video perhimpunan haram 9 Julai kepada wakil media dan awam di Ibupejabat Polis Bukit Aman yang turut menunjukkan rakaman video Mohamad Sabu tidak dilanggar Pajero polis seperti yang didakwanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: