Home > politik > Jgn politikkan kematian Teoh Beng Hock

Jgn politikkan kematian Teoh Beng Hock

KUALA LANGAT, 23 Julai – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menasihati parti pembangkang agar jangan mempolitikkan hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap kematian pembantu politik Teoh Beng Hock.
Katanya pembangkang sepatutnya menerima keputusan itu memandangkan kerajaan telah memenuhi segala permintaan mereka, termasuk menubuhkan inkues dan suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama rakyat Parlimen Kuala Langat di sini, hari ini.
Teoh, setiausaha politik kepada anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor, pada 16 Julai, 2009, selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Khamis lepas, suruhanjaya itu mengumumkan keputusannya dalam laporan setebal 124 muka, bahawa kematian Teoh adalah akibat membunuh diri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: