Home > politik > Sertai perarakan haram boleh jejaskan iman – mufti

Sertai perarakan haram boleh jejaskan iman – mufti

KUALA LUMPUR 5 Julai – Menyertai perarakan menentang pemerintah adalah sebaris dengan dosa-dosa besar yang boleh menjejaskan iman, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zabidi Wan Teh.

Merujuk kepada beberapa hadis, beliau menerangkan bahawa dosa akibat menderhaka kepada pemerintah diletakkan sebaris dengan syirik, membunuh, makan harta anak yatim, riba dan menderhaka kepada ibu bapa.

“Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang betul mengenai apa jua keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Zabidi berkata, Rasulullah SAW telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak.

“Dan berasaskan dalil-dalil jelas dalam Al-Quran dan Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak (sepakat) mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardu ke atas setiap Muslim,” katanya.

Wan Zabidi berkata, sejarah dan realiti masa kini seperti yang dialami beberapa negara Islam yang terjerumus dalam kancah perang saudara, membuktikan kegiatan yang bermula dengan tunjuk perasaan terhadap pemerintah akhirnya mencetuskan suasana anarki dan kekacauan dalam negara.

Beliau berkata, memandangkan kemusnahan yang sangat besar terhadap agama dan umat disebabkan kegiatan penderhakaan atau “bid’atul khuruj”, maka tidak hairanlah golongan penderhaka digelar Rasulullah sebagai “kilabunnar” (anjing neraka).

Wan Zabidi berkata, dalil-dalil turut menerangkan bahawa perbuatan derhaka selain daripada menjejaskan iman, juga boleh memutuskan jalan ke syurga dan menyebabkan seseorang mati dalam keadaan jahiliah.

“Sayugia diperingatkan mereka yang terlibat dalam penganjurannya, bukan sahaja akan menanggung dosa perbuatan itu, tetapi juga dosa setiap orang yang mengikutnya, tanpa mengurangkan dosa pengikut tersebut,” katanya.

Wan Zabidi menyeru setiap umat Islam tidak melibatkan diri dengan apa jua bentuk tunjuk perasaan kerana ia adalah sebahagian daripada tindakan derhaka yang boleh menjurus ke arah pertumpahan darah, kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan kesengsaraan masyarakat awam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: