Home > politik > Lima Ahli PSM Ditahan Semula Di Bawah Ordinan Darurat

Lima Ahli PSM Ditahan Semula Di Bawah Ordinan Darurat

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Sungai Siput Dr D. Michael Jeyakumar dan lima ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan semula di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Katanya mereka yang berumur 25 hingga 58 tahun itu ditahan di Ibu PejabatPolis Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang, pada pukul 1.20 tengah hari sebaiksahaja mereka dibebaskan selepas tempoh reman terhadap mereka berakhir Jumaat.Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditahan di PlazaTol Sungai Dua, Kepala Batas, pada Sabtu lepas, ketika menaiki bas menuju kePulau Pinang.

Kumpulan itu ditahan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas dakwaan cubamelancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Aman di sini, Khalid berkata mengikutmaklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.

Katanya mereka ditahan untuk membantu siasatan lanjut berhubung maklumatawal yang diterima oleh pihak polis.

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga60 hari tanpa perbicaraan.

“Pihak polis menahan mereka untuk mencegah dari berlakunya apa jua jenayahyang menjurus kepada keganasan atau kekerasan,” katanya.

Khalid berkata polis akan memohon kepada mahkamah supaya baki 24 orang darikumpulan tersebut disambung reman kerana terdapat sedikit lagi siasatan yangbelum selesai.

Katanya jumlah keseluruhan tangkapan yang berkait dengan perhimpunanharam pada 9 Julai ini di seluruh negara berjumlah 150 orang. Mengenai penahanan anggota exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, tengah malamtadi kerana didakwa menghasut orang ramai dalam satu ceramah di Hulu Selangorsupaya menyertai perhimpunan haram itu, Khalid berkata apa jua tindakan danaktiviti yang menjurus kepada hasutan supaya orang ramai menyertai perhimpunan haram adalah satu kesalahan.

“Jadi semalam dalam ucapannya dia telah menghasut orang supaya beramai-ramaihadir untuk satu perhimpunan yang haram tanpa permit jadi kita tahan dia untuk rakam percakapan dan kita telah bebaskan dia,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya sehingga semalam, polis telah menerimasebanyak 2,389 laporan polis berhubung bantahan perhimpunan haram.

“Saya baru dimaklumkan beratus-ratus orang lagi sedang membuat laporan polisminta pihak kita (polis) mengambil tindakan yang sepatutnya untuk menghentikan perhimpunan itu,” katanya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: