Home > politik > Satu lagi pendekatan PM dlm media sosial: Projek E-mel 1Malaysia Tidak Guna Dana Awam

Satu lagi pendekatan PM dlm media sosial: Projek E-mel 1Malaysia Tidak Guna Dana Awam

PETALING JAYA: Perdana Menteri menjamin bahawa projek E-Mel 1Malaysia merupakan projek sektor swasta yang tidak melibatkan penggunaan dana awam.

Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi tweet beliau pada awal Rabu berkata, projek yang melibatkan pelaburan sebanyak RM50 juta tersebut tidak menggunakan duit kerajaan.

“Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa E-Mel 1Malaysia ialah projek sektor swasta. Dana awam tidak digunakan dan ia dilakukan secara sukarela,” katanya.

Projek E-Mel 1Malaysia menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pengguna dan juga warga niaga.

Satu syarikat teknologi maklumat tempatan, Tricubes Berhad akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: