Home > politik > Pendedahan serta Penjelasan Datuk ‘T’

Pendedahan serta Penjelasan Datuk ‘T’

Kuala Lumpur, 23 Mac- Kemelut video seks kononnya melibatkan seorang pemimpin kanan parti pembangkang yang menggegar politik negara dua hari lalu semakin menarik apabila hari ini, `Datuk T’ tampil memberi penjelasan berkenaan video berkenaan.
Bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengesahkan `Datuk T’ yang sedang menimbulkan misteri merupakan ‘Datuk Trio- (bertiga)’ yang melibatkan beliau sendiri bersama Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim adalah Datuk ‘T’ yang terlibat dalam mendedahkan skandal video seks kepada media Isnin lalu.

“Kami merasakan bahawa kami perlu membuat penjelasan berkenaan isu ini supaya tidak ada timbul prasangka ataupun salah faham terhadap kami. Pertama sekali, sahabat saya, Datuk Eskay mengetahui bahawa terdapat satu video yang melibatkan pemimpin tertinggi dalam pembangkang.

Saya rasa bahawa perkara ini harus diketahui oleh masyarakat umum terutamanya pihak media. Kita faham bahawa pihak media inilah yang akan mempertahankan kebenaran dan akan menolak kebatilan,” ujarnya bercakap kepada pemberita di Hotel Impiana, petang tadi.

Apabila mengambil keputusan untuk mendedahkannya kepada pihak media, merekatelah memilih Carcosa memandangkan di sana lebih selamat dan eksklusif. Di sana, ditunjukkan video tersebut kepada media oleh Datuk Eskay dan Datuk Shuib supaya pemimpin-pemimpin media ini faham perkara yang sebenar Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: