Home > politik > Kebangkitan rakyat Mesir bukan kerana perjuangan puak-puak pembangkang yang dilihat selalu memainkan sesuatu isu untuk kepentingan kedudukan mereka.

Kebangkitan rakyat Mesir bukan kerana perjuangan puak-puak pembangkang yang dilihat selalu memainkan sesuatu isu untuk kepentingan kedudukan mereka.

Pembaca yang budiman,

Kebangkitan rakyat Mesir bukan kerana ideologi atau kefahaman Islam yang dibawa oleh pembangkang dan bukan jugak bersangkutan dengan isu-isu kenegerian Arab seperti slogan-slogan yang berbunyi,”Jahanam kepada Israel,Amerika dan Penjajahan global” atau “Bersama membebaskan Palestine dan Iraq”. Tidak jugak membawa slogan,”Islam is the solution”. Hampir kesemuanya itu tidak timbul. PUAK PEMBANGKANG MESIR MACAM PAS DI NEGARA KITA INI. PERJUANGAN MEREKA HANYA UNTUK MENGEKALKAN JAWATAN DIDALAM SESUATU PEMERINTAHAN.RAKYAT BOLEH PERGI JAHANAM.

Kebangkitan rakyat Mesir adalah kerana PERUT. Pemerintah mereka tidak menjaga kepentingan PERUT RAKYATNYA.Rakyat hidup dalam kemiskinan dengan serba serbi kekurangan. Pendapatan murah,pengangguran banyak dan rasuah menjadi budaya kehidupan seharian. Kebanyakan daripada rakyat yang berdemontrasi di jalanan terdiri daripada golongan belia yang tak ada kena mengena dengan mana-mana pergerakan politik. Ini sememangnya benar dan sejarah negara jugak tidak boleh dilupakan, dimana bangsa Melayu beragama Islam pada ketika itu ditindas oleh penjajah British.KMM ditubuhkan pada tahun 1932 jugak berdasarkan ALASAN PERUT.Taraf ekonomi bangsa Melayu yang rendah,kemiskinan melata dan penindasan berleluasa.

Kesimpulannya,rakyat sesuatu negara itu akan bangkit apabila PERUT mereka terjejas,KEHIDUPAN MEREKA TERTINDAS dek kerana KEMISKINAN. Ternyatalah bahawa KEWUJUDAN PARTI PAS ini tidak membawa manfaat kepada umat Islam malahan menjadi pertualang kepada PERPADUAN UMAT ISLAM. Mereka adalah PUNCA PERPECAHAN. Ternyata jugak rakyat negeri Kelantan tidak dapat memahami bahawa makna dan peranan politik itu adalah bersangkutan dengan perihal keadaan kehidupan mereka. Seperti yang dinyatakan oleh penulis berbangsa Mesir itu,” Egyptians are rediscovering the real meaning of politics: politics,before anything else,is concern about citizens’ living conditions within the borders of the relevant nation-state.” Rakyat Kelantan telah didadahkan dengan agama sahingga mereka lupa tanggungjawab mereka sesama mereka untuk membangunkan kecemerlangan negerinya. Semoga pada pilihanraya umum yang akan datang RAKYAT KELANTAN MESTI BANGKIT untuk menukar PEMIMPIN yang kosong otaknya; perihal seluk-beluk pentakbiran negeri.

Wassalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: