Home > politik > Bukti Bahawa Kewujudan Parti PAS Ini Sesuatu Yang Di Haramkan Oleh Syariat.

Bukti Bahawa Kewujudan Parti PAS Ini Sesuatu Yang Di Haramkan Oleh Syariat.

Kewujudan Parti PAS ini telah banyak membawa keburukan terhadap umat Islam di negara ini. Sejak dari dulu lagi tuduhan dan tohmahan serta cacian terhadap para pemimpin kesatuan arus perdana(UMNO) terpaksa dihalalkan demi mendapat sokongan rakyat terhadap parti mereka. Kenapakah perkara sebegini boleh berlaku? Jawapannya ialah amalan Demokrasi adalah satu-satunya wadah perjuangan untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.

Memandangkan amalan Demokrasi yang diguna-pakai memberi impak perpecahan kepada umat Islam sekali gus melemahkan pemerintah umat Islam, sudah semestinya amalan itu sesuatu yang ditolak oleh syariat Islam. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik di negara ini tentu sekali mengerti akan keadaan ini. Bagi menjayakan amalan Demokrasi yang kufur ini mereka terpaksa menjayakan perbuatan dan perlakuan yang dipandang maksiat terhadap Allah SWT. Perbuatan dan perlakuan seperti mengerluarkan fatwa songsang,mencaci,memaki,memfitnah dalam ceramah-ceramah politik mereka tanpa ada had masa. Jika dibandingkan dengan amalan Demokrasi total yang diamalkan oleh negara Amerika,dilihat lebih tertib dan ianya berlaku apabila negara itu menghadapi pilihanraya. Habis saje pilihanraya,mereka berhenti dan memajukan negaranya.

Oleh yang demikian,kewujudan parti PAS ini adalah haram disisi syariat Islam berdasarkan beberapa faktor. – Membelakangkan perintah Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 103.

– Membelakangkan perintah Allah SWT dalam surah An Nisa ayat 59.
– Membelakangkan sunnah Nabi dalam banyak hadis mengenai sabdaan Nabi perihal pemerintah.

– Amalan Demokrasi yang diguna-pakai telah banyak memberi kesan buruk kepada umat Islam dan ini sememangnya ditolak oleh syariat Islam.

-Penyempurnaan terhadap amalan Demokrasi ini bersabit dengan perbuatan dan perlakuan maksiat terhadap Allah sekali gus menolak kedaulatan Allah,menyanjong kedaulatan manusia(Demokrasi).

Bagi mengakhiri tulisan saya pada tajuk ini,ingin saya nukilkan hadis Nabi riwayat Muslim:

Abdullah bin Amer r.a. berkata: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w. dalam bepergian,maka kami turun berkhemah di tengah jalan,ada di antara kami yang sedang membetulkan khemahnya dan ada yang sedang main-main dengan panah,dan ada yang sedang menggembala ternaknya,tiba-tiba terdengar panggilan pesuruh Rasulullah s.a.w. ‘Assolatu jami’atun’ (Mari kita bersembahyang jama’ah). Maka kami berkumpul kepada Rasulullah s.a.w. maka bersabda Nabi s.a.w.: ” Tiada seorang Nabi sebelumku melainkan ia berkewajipan menunjukkan umatnya pada segala kebaikan yang ia ketahui dan memperingatkan mereka dari bahaya yang ia ketahui. Dan umat ini telah ditentukan selamatnya pada permulaannya,dan pada akhirnya akan ditimpa bala’ dan hal-hal yang kamu ingkari,dan terjadi fitnah,sehingga teranggap ringan setengah dari kejadian yang sebelumnya. Kemudian terjadi fitnah,sehingga seorang mu’min merasa mungkin di sini binasaku,tetapi lalu terhindar daripadanya,kemudian datang pula suatu fitnah.hingga ia berkata: Mungkin kini binasaku. Maka siapa ingin terhindar dari Neraka dan masuk Syurga,harus ia mati tetap dalam iman percaya pada Allah dan Hari Kemudian,dan berlaku kepada sesama manusia apa yang ia sendiri suka diperlakukan orang demikian. Dan siapa yang berbai’at pada suatu pemerintah dan telah menyanggupkan taatnya dan setia hatinya,harus taat jika dapat. Maka jika datang lain orang akan merebut kekuasaannya penggallah leher orang yang merebut itu.” Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: