Home > politik > Akademi pengurusan golf dirancang

Akademi pengurusan golf dirancang

SINTOK – Kementerian Belia dan Sukan akan melancarkan akademi kemahiran pengurusan golf bagi memajukan lagi industri sukan golf dan melatih tenaga kerja tempatan dalam industri itu, tidak lama lagi.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), di Bukit Kiara, dipilih sebagai tempat untuk dibangunkan akademi itu.

Katanya, akademi itu akan melahirkan tenaga kerja yang profesional dalam memajukan lagi sukan golf dalam negara memandangkan sukan golf kini sudah menjadi satu industri yang pesat berkembang.

“Industri sukan golf mampu mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan akademi ini akan melatih anak-anak tempatan untuk menjadi tenaga kerja terlatih seperti kedi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Sukan Trek dan Padang Sukan Universiti Utara Malaysia (SUKUUM) 2011 di sini, semalam.

Beliau berkata, pihak kementerian mungkin boleh menjadikan Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai rakan kongsi untuk akademi itu memandangkan UUM dipilih sebagai pusat kecemerlangan sukan golf bagi universiti-universiti.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, dengan kemudahan sukan yang disediakan kerajaan di institusi-institusi pengajian tinggi awam ketika ini, tiada lagi alasan untuk mengatakan universiti tidak boleh melahirkan atlet-atlet bertaraf antarabangsa.

Katanya, sistem di universiti sekarang juga membolehkan para pelajar mengembangkan bakat mereka dalam sukan jika mereka menggunakan sepenuhnya kemudahan sukan di universiti yang dianggap terbaik.

“Tidak perlu obses untuk melihat kepada ranking dalam sukan universiti kerana apa yang penting adalah untuk melahirkan atlet ternama dan atlet berprestasi tinggi daripada kalangan pelajar,” katanya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: