Home > politik > Jenayah Siber Naik 127 Pertaus Tahun Lepas – CyberSecurity

Jenayah Siber Naik 127 Pertaus Tahun Lepas – CyberSecurity

KUALA LUMPUR: Kegiatan jenayah siber di negara ini telah melonjak 127 peratus tahun lepas iaitu 8,090 kes berbanding 3,564 kes pada tahun sebelumnya, demikian menurut CyberSecurity Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lt.Kol (B) Husin Jazri berkata daripada jumlahkeseluruhan kes tahun lepas, aduan terbanyak membabitkan kes penipuan danpemalsuan dalam Internet iaitu 2,212 kes.

“Pada tahun 2009, hanya 3,564 kes direkodkan oleh Cyber999 tetapi jumlah itumelonjak pada kadar yang tinggi tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepasperasmian pertandingan KL GreenHat 2011, di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), disini, Rabu.

Pertandingan dua hari itu dirasmikan oleh Dekan Institut Teknologi Maklumat Malaysia (MIIT) UniKL, Prof Dr Roslan Ismail.

Husin berkata antara aktiviti yang banyak dikesan ialah serangan peribadi bermotifkan politik, pornografi, penipuan dan penyebaran virus.

“Kes membabitkan ugutan pula mencatatkan 419 kes tahun lepas,” katanya.CyberSecurity Malaysia adalah pusat pakar keselamatan siber nasional dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang mengendalikan Pusat BantuanCyber999 bagi membanteras jenayah siber.Sementara itu, Roslan berkata aktiviti menggodam secara berhemah (ethical hacking) adalah salah satu pertandingan dalam KL Greenhat 2011.

Katanya penggodam beretika (ethical hacker) adalah bukan orang yangmenceroboh maklumat tetapi orang yang membantu untuk memperkasa lagi sistem yangsedia ada daripada diceroboh.

Selain itu juga, kelahiran lebih ramai penggodam beretika dalam keselamatansiber mampu menyelaras dan melakukan pemeriksaan komprehensif kepada sistemrangkaian komputer termasuk Internet dan aplikasi komputer.

‘Ethical hacker’ juga mampu mengenal pasti tahap data terdedah dan memberikan cadangan untuk membetulkan kelemahan tersebut, katanya Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: