Home > politik > DUN Merlimau: PAS timbang calon popular termasuk wanita

DUN Merlimau: PAS timbang calon popular termasuk wanita

9 Feb — PAS Melaka mahu menurunkan calon popular untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau daripada penguasaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil awal bulan depan.

Selain itu, PAS Melaka juga akan mempertimbangkan sama ada akan meletakkan calon wanita dalam pilihan raya kecil kawasan itu

Kelmarin, Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengekalkan PAS bertanding di Merlimau — pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008..

Menurut Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka Adly Zahari, kepimpinan parti peringkat negeri Melaka telah menerima senarai pendek nama calon yang bakal menggalas tugas PAS dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau 6 Mac.

Beliau berkata senarai nama itu akan dibawa ke peringkat tertinggi PAS pada 13 Februari ini untuk membuat keputusan.

“Setakat ini kita sudah terima beberapa nama yang mana setiap cawangan dalam Parlimen Jasin telah mengemukakan calon-calon yang mereka mahu.

“Kita memang sudah ada nama-nama itu tapi kita masih belum muktamadkan nama itu untuk dibawa ke peringkat pusat, kita masih mengumpul nama dari cawangan.

“Calon yang akan kita letak di Merlimau akan mengikut kriteria yang ditetapkan selain sesuai dengan keperluan masyarakat di Merlimau,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan PAS Melaka berkemungkinan mempertimbangkan calon wanita iaitu Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man selain Ketua Penerangan PAS Melaka Kamaruddin Sidek, Yang Dipertua PAS Jasin Jasme Tompang dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin Yuhaizat Abdullah.

Bagaimanapun Adly enggan mengulas lanjut kesahihan nama-nama tersebut, sebaliknya berkata PAS Melaka masih belum membuat keputusan muktamad berhubung calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

“Proses belum muktamad, jadi saya tidak boleh nak kata apa-apa. Saya sendiri juga tidak tahu sama ada nama-nama itu ada dalam senarai tersebut.

“Mungkin ada kalau cawangan mengemukakan nama mereka dan mungkin tiada, kita akan bincang mengenainya dulu. Soal muslimin atau muslimat kita tunggu keputusan pemimpin tertinggi nanti,” katanya.

Adly yang juga Yang Dipertua PAS Alor Gajah mengakui sukar untuk PAS memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau namun tidak mustahil sekiranya parti Islam itu untuk membuat kejutan.

“Memang sukar (untuk menang) tapi tak mustahil untuk kita membuat kejutan dalam pilihan raya kecil ini, memang Merlimau adalah kubu kuat BN.

“Bagaimanapun kita akan cuba tingkatkan undi kita, fokus kepada usaha tingkatkan undi bagi PAS dan juga mengurangkan majoriti,” katanya Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: