Home > politik > PM akan buat pengumuman penting di Kampung Baru esok

PM akan buat pengumuman penting di Kampung Baru esok

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 orang dijangka menyertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam rancangan mengimarahkan Masjid Jamek Kampung Baru di sini esok sempena program Ziarah Masjid.

Pengerusi jawatankuasa masjid itu, Datuk Idris Shaari Mat Deris, berkata Najib juga bakal membuat satu “pengumuman penting” pada majlis itu.

Bercakap dalam sidang media di masjid berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup dan Pengarah Urusan Zikay Group, Datuk Mohd Khay Ibrahim, Idris berkata Perdana Menteri akan merasmikan program itu selepas menunaikan solat Asar berjemaah.
“Pelbagai program diatur sempena majlis itu seperti bacaan Al-Quran, tadarus, ceramah oleh juara progam realiti Imam Muda musim pertama, Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, dan pengagihan kira-kira 6,000 paket bubur lambuk kepada orang ramai,” katanya.

Najib juga dijadualkan menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan bangunan 40 tingkat yang mempunyai 250 bilik hotel, kondominium 130 unit dan 16 unit kedai komersial di kawasan berkenaan.

Projek itu yang terletak di sebelah bangunan Zikay di Jalan Raja Alang, membabitkan kos pembangunan kira-kira RM190 juta.

Mohd Khay berkata Zikay Group telah menerima arahan pembangunan dari DBKL bagi membolehkan kerja pembinaan dimulakan pada suku kedua tahun ini. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: