Home > politik > Penerbangan Kaherah-KL ditukar ke Jeddah

Penerbangan Kaherah-KL ditukar ke Jeddah

Penerbangan membawa keluar pelajar dan rakyat Malaysia dari Kaherah terus ke Kuala Lumpur berikutan pergolakan di Mesir terpaksa dipinda kepada hanya penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail.

Beliau berkata pesawat pertama membawa rakyat Malaysia dari Kaherah yang pada mulanya dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi Jumaat itu, sebaliknya akan mendarat di Jeddah.

Shahlan memberitahu Bernama bahawa perubahan program pemindahan itu bertujuan membolehkan lebih ramai warga Malaysia dibawa keluar dalam tempoh lebih segera.

Pesawat-pesawat sedia ada perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya agar membuat lebih banyak penerbangan ulang-alik Kaherah-Jeddah.

“Semua pesawat yang ada daripada Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) akan beroperasi tanpa henti berulang-alik antara Jeddah dan Kaherah.

“Kita mahu seramai mungkin rakyat kita berjaya dibawa keluar dari Mesir kerana keadaan semakin terdesak,” katanya.

Shahlan sebelum ini dilaporkan berkata penerbangan pertama membawa 309 orang termasuk pelajar serta mereka yang uzur dan wanita mengandung akan berlepas dari Kaherah, pada 1 tengah hari ini waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia pada Khamis) dan dijadualkan tiba di KLIA pada pukul 5 pagi Jumaat.

Shahlan juga memaklumkan terdapat dua penerbangan yang membawa rakyat Malaysia ke Jeddah hari ini dari Kaherah manakala esok 12 penerbangan melibatkan enam pesawat.

Menurut beliau, selain pesawat, kapal milik Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) KD Bunga Mas 5 juga akan menyertai operasi pada Sabtu membawa keluar baki warga Malaysia ke Jeddah.

Shahlan turut merayu kepada semua rakyat Malaysia dan pelajar yang berada di Mesir supaya sedar bawa mereka semuanya terperangkap dan hanya boleh keluar melalui langkah yang dirancang kerajaan.

“Jadi, tak perlu menimbulkan sebarang provokasi di waktu ini kerana ia hanya akan mengakibatkan kekecohan yang tidak diingini dalam kalangan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan.

“Kerajaan berjanji akan membawa semua pelajar dan rakyat keluar tidak kira dari negeri mana asalkan anda rakyat Malaysia, diharapkan semua bersabar,” katanya.

Shahlan kini berada di Kaherah untuk memantau keadaan di negara yang bergolak itu atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang menyertai delegasi Malaysia diketuai Timbalan Menteri Luar Senator Kohilan Pillay itu sentiasa memantau keadaan.
Sementara itu, pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, masih
menunggu kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi untuk masuk ke Jeddah, kata Timbalan Komander misi menyelamat Kolonel Dzulkarnain Ahmad. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: