Home > politik > Teka-teki pilihan raya terus rancak

Teka-teki pilihan raya terus rancak

KOTA KINABALU: Momentum gembar-gembur pilihan raya umum terus rancak apabila Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa kira-kira sejam menghadiri pertemuan minum petang bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah di sini semalam, bagi mendapat pelbagai maklum balas langsung mengenai perkembangan semasa di negeri itu.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), tiba di Magellan Sutera Harbour Resort kira-kira jam 5.40 petang diiringi Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Pertemuan dihadiri ketua parti komponen BN merangkumi Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup, Pengerusi MCA Sabah, Datuk Edward Khoo; Pengerusi MIC Sabah, Datuk V Jothi dan Pengerusi GERAKAN negeri, Datuk Gordon Leong serta Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok, tidak menghadiri mesyuarat itu kerana berada di Miri atas tugasan rasmi.

Sepanjang pertemuan itu, Najib antara lain meminta pandangan pemimpin terbabit mengenai aspek pembangunan negeri, permasalahan yang perlu ditangani dan kedudukan politik semasa, selain pendapat berhubung masa terbaik mengadakan pilihan raya umum.

Pairin ketika ditemui sebaik selesai mesyuarat berkata, pertemuan secara kasual itu memudahkan mereka bertukar pandangan dan menyuarakan pendapat.
Perdana Menteri kemudian menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara Jesselton Wellness Sdn Bhd dan Parkway Holdings Limited untuk membina Pusat Perubatan Gleaneagles Kota Kinabalu sebelum merasmikan Taman Perdana di Hone’s Place, Tanjung Aru di sini.

Najib yang diiringi Musa dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Illiyas Ibrahim, menghabiskan masa kira-kira setengah jam melawat sekitar taman seluas 7.2 hektar dan meninjau kelengkapan disediakan seperti peralatan senaman, trek joging dan kemudahan permainan bagi kanak-kanak.

Perdana Menteri kemudian merasmikan Karnival Tahun Baru Cina di Dataran Deasoka sambil melakukan tinjauan mesra di Jalan Gaya yang dihadiri oleh 10,000 orang.

Beliau juga sempat singgah untuk minum kopi di Kak Tini Kopitiam bersama pemimpin masyarakat Cina di situ sebelum berlepas ke Tawau bagi lawatan ke Lembangan Maliau, hari ini Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: