Home > politik > Sah..!! Majlis Peguam Pro Pembangkang..

Sah..!! Majlis Peguam Pro Pembangkang..

Sebelum ini hanya anggapan-anggapan saja, tambahan pula ada alasan perundangan yang diberikan bagi menyokong kenyataan yang dikeluarkan dalam sesuatu isu. Ini dapat dilihat dalam isu kematian TBH, isu calon UMNO di Permatang Pasir dan beberapa isu lagi yang bunyinya senada dengan pembangkang tapi ada alasan perundangan untuk menutup agenda itu.

Jadinya, sukar nak mengata Majlis yang satu ini betul-betul pro pembangkang walaupun semua menunjuk ke arah itu.

Bagaimanapun, bila Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan menyokong Karpal Singh dalam isu desakan supaya dia menarik diri daripada menjadi peguam Anwar Ibrahim, itu membuka mata banyak pihak dan membenarkan apa yang selama ini hanya anggapan bahawa Majlis Peguam ini dikuasai pembangkang dari segenap aspek.

Itu menjadikan badan yang punya kuasa untuk menarik balik, menggantung lesen amalan guaman ini tidak lagi bebas malah berpihak pula.

Bila dah begini keadaannya, kita takut para peguam di Malaysia ini terikat kaki dan tangannya untuk menyokong pembangkang dan agenda yang dibawanya atau menghadapi risiko ditarik balik lesen amalan guamannya oleh Majlis Peguam.

Maklum kuasa tutup periuk nasik ada ditangan mereka yang bias.

Walaupun perlu melalui prosedur tertentu, boleh dicabar di mahkamah dan sebagainya, semua ini sudah tentu memakan masa yang bukan sedikit, belum lagi reputasi yang tercemar oleh tindakan penggantungan tersebut!

Oleh itu kita menggesa supaya kerajaan mengkaji semula peranan Majlis Peguam ini dan melihat semula ada wajar seorang peguam terlibat secara aktif di dalam politik kepartian. Kerajaan perlu menjaga profesionalisme dan intergriti peguam daripada dicemari anasir-anasir kiri kerana ia berkait rapat dengan sistem perundangan negara.

Sudahlah kita sering disajikan dengan aksi manipulasi undang-undang yang mencemar kesucian undang-undang negara kita oleh segelintir peguam yang berkiblatkan kepada parti-parti politik tertentu. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: