Home > politik > Pemalsuan Surat MDL, Peneroka Felda Makin Meluat Dengan Pas

Pemalsuan Surat MDL, Peneroka Felda Makin Meluat Dengan Pas

LABIS 28 Jan – Pembangkang nampakanya tidak berputus asa untuk terus menipu pengundi dengan melakukan pelbagai cara sehingga sanggup melakukan penggunaan logo Majlis Daerah Labis (MDL) dalam usaha untuk mengeliru pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Tenang, 30 Januari nanti.

Kejadian terbaru yang dilakukan oleh pembangkang ialah dengan mengedarkan suart palsu MDL dengan mengaitkan penduduk di Labis akan menerima bantuan sebanyak RM300 yang ditandatangani setiausaha majlis.

Ketua Jawatankuasa Peneroka Felda Chempelak, Ahmed Ali menyifatkan surat palsu mengunakan logo MDL dan tanda tangan setiausaha majlis membuktikan Pas sudah hilang pedoman sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk perkara yang bertentangan dengan perjuangan yang kononnya berlandaskan Islam.

“Pas sudah terdesak, sebab itu mereka sanggup menipu, kami di Cempelak tidak akan terpedaya dengan tipu helah Pas, mereka berbuat begitu supaya kami membenci Barisan Nasional (BN) dan akhirnya kamai tidak akan menyokong BN pada, 30 Jan nanti.

“Mereka cuba beli maruah kami dengan RM300, mereka ingat kami akan tertipu dengan surat MDL itu, peneroka di sini tidak akan terpedaya dengan apa yang mereka lakukan itu, apa yang dilakukan itu menguatkan lagi sokongan kami kepada BN dan memastikan BN menang Ahad ini,” katanya selepas membuat laporan Ppolis berhubung penyebaran suart palsu berlogokan MDL.

Peneroka Felda Chempelak membuat laporan polis berhubung penyebaran surat palsu MDL yang menyatakan ppenduduk di Tenang akan menerima sumbangkan wang tunai sebanyak RM300 dari MDL

Penyebaran surat palsu itu dilakukan di sekitar kawasan Felda Chempelak, berikutan itu penduduk di situ menghubungi MDL untuk mendapat pengesahan mengenai surat itu dan mendapati ia adalah palsu.

Sementara itu, peneroka Kannan Abdullah, meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu kerana boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

“Kalau nak dapat sokongan, gunalah cara yang betul, perbuatan mengedarkan surat palsu ini satau tindakan tak bermaruah, mereka bukan sahaja menipu tapi cuba menimbulkan rasa benci kami kepada kerajaan,” katanya.

Menurutnya, pengundi di DUN Tenang tidak akan terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang dengan pelbagai tipu helah yang mereka lakukan hanya sekadar untuk mendapat sokongan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: