Home > politik > PDRM Sahkan Penyebaran Kes Culik Melalui SMS Dan Internet Palsu

PDRM Sahkan Penyebaran Kes Culik Melalui SMS Dan Internet Palsu

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Jumaat adalah palsu.

“PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diwar-warkan. Terima kasih,” kata PDRM dalam laman sosialnya.

Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya pagi ini gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu.

SMS yang diedarkan berbunyi, “PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.

“Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yang ada di dalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) beritabenar.” Sila sebarkan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: