Home > politik > Muhyiddin Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Tenang

Muhyiddin Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Tenang

LABIS: Seramai 36 mangsa banjir di Kampung Lembah Bakti yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang pada Jumaat menerima bantuan kerajaan yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kerajaan amat bersimpati dengan apa juga masalah yang menimpa rakyat seperti bencana banjir. Kita akan menghulurkan apa juga bantuan kepada rakyat yang memerlukan,” kata Timbalan Perdana Menteri pada majlis penyerahan bantuan itu di Balai Raya Kampung Lembah Bakti pada Jumaat.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab dan Pegawai Daerah Segamat, Borhan Amir.

Muhyiddin berkata, dalam banjir yang berlaku di Kedah dan Perlis penghujung tahun lepas, kerajaan telah menyalurkan RM30.6 juta dalam pelbagai bentuk bantuan kepada mangsa banjir di kedua-dua negeri itu.

Hujan lebat sejak beberapa hari lepas di Tenang, yang sedang menyaksikan satu pilihan raya kecil, telah mengakibatkan beberapa kampung yang terletak di kawasan rendah dan berhampiran sungai ditenggelami air.

Muhyiddin meminta penduduk yang terjejas akibat banjir supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan berpindah ke tempat selamat jika perlu.

“Jangan berlengah sehingga air mencecah paras leher. Pada ketika itu, operasi pemindahan akan bertambah sukar,” katanya.Pengundian dalam pilihan raya kecil itu adalah pada Ahad ini. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: