Home > politik > Serang peribadi calon: PAS hilang prinsip, jadi pak turut – Musa Aman

Serang peribadi calon: PAS hilang prinsip, jadi pak turut – Musa Aman

Ketika pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, PAS berjaya mempertahankan kerusi kawasan itu selepas menyerang perbadi calon BN Rohaizat Othman yang didakwa kononnya ada kes pecah amanah dalam syarikat guaman dan dakwaan beristeri dua.

Taktik sama cuba diulangi PAS di Tenang dengan mengaitkan calon BN, Azahar Ibrahim disaman pemilik tanah kerana bekas penolong pegawai tanah daerah itu dikatakan punca tanah milik seorang individu dilelong.

PAS mahu menggambarkan Azahar lalai serta cuai dan gagal sebagai penjawat awam sehingga tanah tersebut kena lelong sedangkan hakikatnya Azahar menjalankan tugas ikut prosedur.

Taktik mentyerang perbadi ini hanya jadi senjata PAS dalam pilihanraya sejak mereka berkawan dengan DAP dan PKR.

Kedua-dua parti terbabit memang menjadikan isu peribadi calon BN sebagai senjata untuk memastikan calon berkenaan tewas dalam pilihanraya.

Selain menyerang perbadi calon yang bertanding, PAS juga sudah mengamalkan budaya ganas ketika berkempen yang sebelum ini kerap dilakukan PKR.

Persoalannya kenapa PAS sudah terikut-ikut budaya buruk DAP dan PKR ketika berkempen sedangkan umum tahu waktu dulu paerti tersebut menggunakan pendekatan agama untuk menarik pengundi?

Bagi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, beliau ada jawapan bila ditanya perubahan sikap PAS sejak bersekongkol dengan DAP dan PKR.

Katanya, PAS sudah hilang prinsip sendiri yang diamalkan sebelum ini selepas mereka menyertai pakatan pembangkang.


“Sekarang PAS jadi pak turut. Mereka ikut rentak PKR dan DAP,” katanya ketika berkempen di Kampung Air Panas dalam kawasan DUN Tenang, Labis malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, PAS sudah tidak dapat menilai mana suatu yang baik atau buruk semata-mata mahu mengekalkan kerjasama dengan DAP dan PKR.

Sepatutnya kata Musa, PAS harus bekerjasama dengan UMNO supaya prinsip dan perjuangan mereka mengenai Islam dapat diteruskan.

Menurut beliau, jika pengundi di DUN Tenang memilih PAS bermakna mereka memilih PKR dan DAP.

Bagaimanapun, Musa yakin rakyat di Johor yang merupakan kubu kuat UMNO bijak berpolitik dan akan menolak pembangkang dengan member kemenangan besar kepada Azahar pada 30 Januari ini.

Beliau memberikan contoh bagaimana pengundi-pengundi di Parlimen Batu Sapi memberikan kemenangan luar biasa kepada Datin Linda Tsen pda pilihanraya kecil Oktober lalu.

“Pengundi Batu Sapi tahu hanya kerajaan BN yang mampu bawa perubahan kepada mereka serta menunaikan segaja janji ketika pilihanraya,” ujarnya dalam ceramah yang turut dihadiri Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Menyifatkan Sabah adalah adik bongsu dalam UMNO, Musa percaya rakyat Johor yang jadi abang sulung UMNO lebih matang dan bijak berpolitik untuk menentukan siapa paling layak mewakili mereka untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

Katannya, PAS sudah tiada modal untuk berkempen sehingga terpaksa menyerang peribadi calon BN untuk memperdayakan rakyat.-26/1/2011 Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: