Home > politik > Pas Tak Habis-habis Menipu, Kali Ini

Pas Tak Habis-habis Menipu, Kali Ini

E-Info@DRI

Warga Emas Felda Jadi Mangsa
LABIS 27 Jan – Pakatan pembangkang terutama Pas terus menggunakan pelbagai taktik kotor bagi memancing undi terutama di kawasan Felda dan menjadikan warga emas sebagai sasaran mereka.

Terbaru seorang warga emas di Felda Tenang, Hj Atan Osman mendedahkan taktik tersebut ketika calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim mengunjungi rumah beliau di sini, hari ini.

Jelas Hj Atan rumahnya telah dikunjungi petugas Pas dengan tujuan memujuknya serta ahli keluarga mengundi calon Pas pada 30 Januari ini.

Beliau berkata petugas Pas terbabit memberitahunya tiada guna menyokong dan mengundi UMNO kerana beliau telah pun disingkrkan UMNO.

“Mereka (petugas Pas) beritahu pakcik yang pakcik bukan lagi ahli UMNO. UMNO dah buang nama pakcik. Sekarang nama pakcik dalam parti Pas dan sebab itu pakcik kena undi Pas kali ini.

“Pakcik terkejut dengan apa yang dikatakan petugas Pas itu tapi bila pakcik periksa ternyata itu semua satu pembohongan”, katanya.

Hj Atan seterusnya percaya perkara yang serupa mungkin digunakan petugas Pas terbabit untuk mengelirukan lebih ramai lagi pengundi di kawasan Felda terutama warga emas sepertinya.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim yang mendengar pendedahan tersebut tidak menolak taktik kotor itu digunakan memandangkan warga Felda kebanyakannya adalah ahli UMNO atau sememangnya pengundi setia UMNO.

“Kita minta agar warga Felda lebih berwaspada dan tidak tertipu dan terkeliru dengan taktik sedemikian rupa.

“Mereka (Pas) sebenarnya sudah terdesak untuk menembusi kawasan Felda dan kita jangkakan ada banyak lagi taktik akan digunakan bagi memancing undi warga Felda yang selama ini adalah penyokong setia kita”, ujarnya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: